Total Pageviews

2455

Saturday, 29 December 2012

Sayang Anak

Ibu manakah yang tidak menyayangi anak. Semua ibu menyayangi anak.

Begitu juga saya. Apabila saya memilih untuk tidak memberikan makanan kepada anak saya, saya lakukan kerana saya sayang. Begitu juga apabila saya memilih untuk tidak memberikan susu lembu kepada anak saya, sebab saya sayangkan anak saya.

Saya juga tidak menuduh ibu yang memberikan susu lembu kepada anak mereka tidak sayang akan anak mereka. Namun saya percaya, sekiranya ibu ini tahu mengenai bahaya susu formula, mereka lebih rela memberikan air nasi kepada anak mereka berbanding susu formula. Air nasi juga bahaya..keluh ibu-ibu pastinya. Daripada pembacaan saya air nasi jauh lebih tidak bahaya berbanding susu formula. Tentang khasiatnya, tentulah air nasi kurang khasiat, namun, pihak manakah yang menjamin khasiat susu formula? Syarikat yang mengeluarkan susu formula itukah?

Apabila berlaku sesuatu yang tidak baik untuk bayi, inilah antara reaksinya  http://blogs.kidspot.com.au/villagevoices/nestle-nan

Sekolah

Iman dah empat tahun..
Kawan-kawan Iman semua dah pergi school baca...Umi tanya Iman. Iman nak pergi school baca ke? Iman kata tak nak.

Jadi tahun ni umi tak hantar lagi Iman ke school baca.

Lagipun Umi rasa Iman masih kecil lagi.

Friday, 7 December 2012

Kaedah Mudah Mengaji


Salam,
pilihan pembelajaran Quran untuk anak-anak. ( Orang dewasa pun boleh)


Klik ke  Applikasi Demo untuk melihat
masuk , username:demo, password:demo






Berminat boleh hubungi saya,

0132850463(WhatsApp &Viber)
0126040883(sms &telegram)
Pendaftaran RM100

Sekiranya berminat boleh mendaftar di sini


21 dan 22 Muharam

Hari ini 22 Muharam 1434...
Hari ini genap Iman 4 tahun. Fitri juga sudah genap 1 tahun 21 Muharam, semalam.

Melihat mereka membesar, betapa besar kurniaan Allah kepada saya. Ank yang menyenangkan hati. Itulah agaknya ayat yang paling sesuai saya guna.

Saya terus berdoa agar mereka akan terus selesa hidup dengan penuh kesederhanaan.

Pengasuh

Semalam Fitri ada sesi interview. Interview untuk bayi yang berusia 1 tahun 1 hari...interview apakah itu.

Saya bawa Fitri berjumpa dengan bakal pengasuhnya, kerana bakal pengasuhnya ingin berjumpa saya dan melihat Fitri. Tentunya dia ingin menilai Fitri dan melihat samaada lulus atau tidak Fitri menjadi anak asuhannya.

Amboi, sebegitu sekali. terdesak sangatkah ibu Fitri. Atau hebat sangatkah pengasuh tersebut.

Kalau soal ibu Fitri yang terdesak. Sekarang ini, Fitri diletakkan di nursery yang handle susu ibu, dan siap bg latihan tangga lagi. Maknanya nursery Fitri kini tiada masalah. Memang. Malah saya amat berpuas hati dengan Taska Islam Sri Indah, Putra Perdana. Extra credit untuk pemiliknya Kak Liza yang sentiasa melayan saya dengan baik. bagi saya TISI adalah taska terbaik di Putra Perdana.

Lalu, kenapa pula saya mencari pengasuh baharu. Seorang ibu inginkan yang terbaik. Kebanyakkan Tip yang saya baca dalam beberapa blog menyenaraikan creteria yang perlu ibu fikirkan untuk mencari pengasuh. Antara creteria yang dicadangkan, adalah pengasuh yang penyanyang, baik dan bersih. Tidak kurang pula anak-anak pengasuh mestilah baik. Semua itu merupakan ciri yang baik.

Semua ciri tersebut, ada dengan bakal pengasuh Fitri ni. Namun, kenapa perlu dia interview Fitri?? Adakah dia pengasuh yang cerewet. Tidak, dia bukan pengasuh yang cerewet. Sebenarnya dia kini bukan seorang pengasuh bayi. Dia seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bersopan. Berkenan dengan kelakuan anak-anaknya itulah yang menyebabkan saya ingin dia menjadi pengasuh Fitri.

Sebenarnya sudah 4 bulan saya mencari pengasuh Fitri. Bukan kerana nursery Fitri tidak bagus, namun saya inginkan yang terbaik untuk Fitri. Apabila saya bertemu kakak ini, saya rasa, alangkah beruntungnya jika Fitri di didik oleh kakak ini.

Namun, tentulah melalui proses yang terperinci berbanding jika ingin dengan baby sitter yang sudah sedia kala mengasuh bayi.

Risiko, kakak ini akan mensia-sia Fitri atau mengasuh Fitri demanding. Ini yang sering ditekankan dalam tips mencari pengasuh. Dengan erti kata lain, pengasuh yang ibu cari mesti dengar kata ibu.

Saya tak kisah kalau pengasuh Fitri demanding, kerana saya menganggap pengasuh Fitri sebagai "Tok Guru". Malah saya sangat menyanjungi dan menghormati pengasuh Fitri ini.

Bagi saya itulah ciri yang sering diabaikan oleh ibu. Cari pengasuh yang ibu hormati dan segani. Kalau kita hendak belajar, mestilah kita ingin belajar dari guru yang "tinggi" dari kita.

Ramai ibu, yang memilih pengasuh yang dia boleh tegur, boleh dia marah dan boleh dengar kata dia. malah ramai ibu menganggap dirinya sebagai majikan pengasuh. Adakah anda ingin anak anda dijaga oleh seorang hamba, seorang kuli...atau seorang guru.

saya ingin Fitri diasuh oleh seorang guru.

Wednesday, 5 December 2012

Ibu Cantik, Anak Bijak

Banyak produk kecantikan memancing duit ibu2 terdapat dipasaran. Ramai ibu2 terpengaruh untuk mendapatkannya. Omokan...tak cantik nanti suami tak sayang lebih mempengaruhi.

Tak salah kalau ibu nak cantik...kalau ibu terlebih duit. Cuma mungkin ibu perlu membuat penilaian sedikit. Antara pendidikan anak dan kecantikan ibu, mana yang lebih penting? 

Adakah ibu ini jenis berkira-kira...fikir beratus-ratus kali untuk membeli buku-buku yang membekalkan ilmu keibubapaan dan membeli bahan untuk pembangunan jiwa dan sahsiah anak2.

Adakah ibu merasa banyak sangat duit yang ibu bagi pada pengasuh anak berbanding duit yang ibu beli untuk tudung mahal ibu, beg tangan mahal ibu, atau ubat kurus, putih gebu ibu. Sehingga kadang ibu pun sampai marah dengan pengasuh anak ibu hanya kerana kelemahannya sebagai manusia ( tanpa ibu fikir, salah ibu tidak solat istikharah sebelum pilih pengasuh dulu)

tak salah ibu cantik, yang salah, seluruh keluarga harus berjimat cermat demi kecantikan ibu.

Thursday, 18 October 2012

Latihan tangga


Latihan tangga
Banyak latihan yang perlu diberikan kepada anak-anak. Salah satunya latihan tangga. Kenapakah saya memilih untuk memberikan latihan tangga untuk anak-anak saya?
                Saya ada beberapa sebab:-
1.       Saya ingin biasakan anak saya dengan tangga.
2.       Saya ingin membentuk sifat hati-hati dalam diri anak-anak saya.
3.       Saya ingin membentuk keberanian dalam anak saya.
Bilakah saya memulakan latihan tangga?
Jujur, saya memulakan latihan  tangga Iman setelah dia mula memanjat tangga. Bolehkah hal itu dinamakan latihan. He he. Saya namakan latihan pemantapan barangkali. Saya tidak pernah terfikir untuk mencetuskan latihan ini. Walaubagaimanapun, apabila Iman mula memanjat tangga, saya rasakan bahawa saya perlu terapkan aspek keselamatan kepada Iman. Tujuannya agar Iman tidak terjatuh. Selain itu, saya juga berharap, Iman merasakan tangga adalah “tangga”..ya…tangga rumah. Setiap rumah ada tangga. Tangga bukan tempat bermain bagi Iman. Apabila naik tangga, perlu “hati-hati”.


                Manakala, untuk Fitri pula, saya tertunggu-tunggu waktu yang sesuai untuk melakukan latihan tangga. Saya telah mulakan kira-kira sebulan dahulu, namun ada beberapa kekangan yang saya hadapi berbanding latihan tangga Iman. Pertama, Fitri tidak bergerak, sebaliknya bergendang sahaja. Dia menepuk-nepuk tangannya diatas setiap anak tangga. Cabaran kedua malah lebih hebat lagi, Fitri menjilat setiap anak tangga. Lalu saya memutuskan untuk menghentikan dahulu latihan tangga Fitri.
                Seiring peredaran masa, tiba juga waktu Fitri sudah mula memanjat tangga sendiri. Jadi hari ini, saya mulakan kembali latihan tangga Fitri.

Monday, 15 October 2012

Survival Training


Boleh kah baby kita bertindak balas apabila hidungnya tertutup.
( Saya buat kepada Iman dan Fitri)
Pada hari pertama: Cuba letak baby meniarap atas dada, biarkan mukanya tersembam sikit...baby akan bertindakbalas. Dia akan gerak-gerakan kepalanya agar hidungnya tidak terpenyek dan boleh bernafas.

Ulang beberapa kali, setelah anampak baby dah expert..saya cuba pula di atas tilam dan di atas bantal. sama juga...sembam sikit kepala baby, dia pun teleng kepalanya mencari udara( comel sangat- Fitri dan)

Kemudian sambil menyusu, cuba tekap Cik B pada hidung baby. Untuk latihan ini, Iman dan Fitri memberikan dua respond yang berbeza:

Iman akan "Mengetip" mulutnya dan berusaha mencari udara...mengalihkan hidupnya agar dia boleh bernafas. Manakala, Fitri pula, dia terus melepaskan N dan melarikan muka.

Setelah selesai latihan ini...sy sendiri jadi confident, kedua-dua anak sy tahu untuk survive apabila tersenbam...

Monday, 8 October 2012

Gigi

Sudah ada dua tunas gigi Ftri. Namun kedua-duanya masih dalam gusi. Dua, sebelah atas....

Friday, 5 October 2012

Puisi Rindu untuk Iman

Tunggu Iman balik....
Umi namakan anak umi Fidai...
Umi namakan anak umi pengorbanan
Agar...jiwamu kental sayang...
Umi namakan anak umi IMAN
Kerana...
Iman tu cantik
Iman tu bersih
Iman tu malu
Bercahayalah...
Cahaya Iman umi..
Iman ajar adik membaca

Tuesday, 2 October 2012

Latihan Botol

Latihan botol selalunya merupakan satu proses yang amat penting bagi seorang ibu yang bekerja. Proses ini amat rumit ada ketikanya...namun dengan bantuanNYA, insyaAllah semuanya akan menjadi mudah.

    Paling penting dalam usaha latihan botol ini ialah seorang ibu mesti sabar. bantuan dari bapa atau nenek bayi merupakan satu rahmatNya. Namun sekiranya tiada pihak yang sanggup menolong, ibu harus lebih sabar dan yakin.
 
     Berikut merupakan langkah-langkah latihan botol yang saya lakukan terhadap Iman dan Fitri

  1. Saya menggunakan botol pegeon peristaltic ( Ini botol dan puting yang paling berjaya saya cuba dengan Iman dan saya applikasikan kepada Fitri)
  2. Saya mulakan dengan susu paling segar. Perah, dalam keadaan suam terus suap.
  3. Saya tidak campurkan perahan. Sama ada perahan kanan atau perahan kiri. (Hingga hari ini saya masih menyimpan susu perahan saya dengan label kanan (R) dan kiri (L). Saya tidak faham kenapa, kedua-dua anak saya tidak minum apabila kedua belah perahan dicampurkan, untuk mengelakkan pembaziran, saya asingkan awal-awal)
  4. Saya minta tolong abah mereka susukan.
  5. Setelah berjaya dengan susu suam ( bukan dipanaskan, tetapi suam kerana baru diperah), saya teruskan dengan susu suhu bilik.
  6. Setelah berjaya dengan susu suhu bilik, saya teruskan dengan chilled milk. Panaskan terlebih dahulu.
  7. Terakhir sekali dengan susu beku....belum terakhir lagi...cukup dua tahun( sebelum wean off-training botol dengan susu kambing...he he)
   Begitulah proses latihan botol yang telah saya laksanakan...selamat berjaya....


Monday, 1 October 2012

Bertugas

Minggu ini saya kena bertugas. Bertugas bermakna bersedia untuk tiada waktu rehat. Mungkin orang yang tidak pernah jadi guru tidak faham bahawa guru jika bekerja, kami seperti "lined operator". Bermakna mesti tumpukan sepenuhnya kepada kerja, tiada peluang untuk menjawab panggilan telefon mahupun ke tandas. Mungkin seorang engineer tidak dapat memahaminya ( kenapa pulak tetiba engineer ni? Cikgu ini anti engineer ke? Tak...cuma watu jadi system engineer dulu sy rasa "sangat sibuk" kerana terpaksa mengejar due...tetapi kini sabagai guru terdapat pada tarikh yang sama merupakan due untuk tiga atau empat perkara. Sekurang-kurangnya, waktu itu saya masih sempat pergi bilik air...tetapi menjadi seorang guru...antara kemahiran yang perlu ada adalah menangguhkan waktu ke bilik air)

       Baiklah...berbalik kepada kisah bertugas, jadi pukul 7.20 terus mengumpulkan pelajar ke tempat perhimpunan. Pelajar yang masih di kantin perlu dijemput dengan mesra untuk ke tapak perhimpunan. ( Saya  mohon maaf kepada ibu bapa yang tidak suka guru "memuakan" pelajar. Sebagai guru kami tidak ada pilihan kerana sudah digariskan bahawa guru tidak boleh menegur pelajar dengan kasar, malah perlu melayan pelajar sebagai tetamu) Selesai sahaja bertugas di tapak perhimpunan, saya perlu ke kelas. Sehabis kelas saya terus ke kantin, sebab saya sudah menggigil kelaparan. Pasti ibu menyusukan pernah mengalaminya.

     Belum selesai makan, saya mendapat panggilan telefon, ada pelajar sakit. Saya pun cepat-cepat membasuh tangan, mencari Mak Yong untuk membayar. Pelajar sakit, tetapi ibu bapanya tiada di rumah. Jadi pelajar tidak boleh dihantar pulang. Pilihan yang ada hantar ke sick bay. Misi seterusnya cari kunci sick bay.

   Dalam tempoh 45 minit juga ambil masa menyelesaikan kes pelajar sakit tadi. Dalam masa menguruskan pelajar tersebut saya sudah di tegur...wow..."sudah sebesar buah kelapa"  Saya cuba menutup buah kelapa saya dengan buku. Inilah padahnya kalau tidak di pam...

    Masa ada 10 minit sebelum kekelas, saya  cepat-cepat masuk ke bilik, kunci pintu. Keluarkan 10oz untuk mengurangkan bengkak. Tidaklah lega sangat...tetapi dari size D bolehlah katakan sudah berubah ke size C. Alhamdulillah. Saya simpan 5oz dalam peti ais, 5 oz saya masukkan ke dalam tas tangan. Selepas kelas terus saya pecut keluar, dan hantar 5oz tersebut kepada Fitri.

   Dalam masa lima minit, pecut keluar ke "school" Fitri, pecut balik semula. Alhamdulillah...misi berjaya. Kemudian saya menanda buku-buku, pukul 12 ada kelas lagi. Menjelang loceng balik, size sudah meningkat semula. walaupun bertugas, saya terus balik dahulu.

    Sampai di rumah saya terus pam. Medela harmony saya pulak berbunyi "keciak...keciak" Aduh...ini lah yang sering berlaku apabila kita mencuci dan menyambung bahagianya dengan tergesa-gesa...mesti ada yang tidak kena. Puas saya "adjust" namun masih terdapat udara yang terlepas. Senang, bukak pam...saya "autotangan" sahaja.....selesai mengosongkan kedua-duanya secara marmet...uhhh lega.....
   
    Barulah saya rasa lega, boleh bersiap untuk kebali ke sekolah semula menulis laporan dan menyiapkan kerja yang belum siap. Sebelum itu bolehlah pergi mengambil Fitri dahulu dan bawa ke  sekolah.


Wednesday, 26 September 2012

Kejahilanku

Mungkin kejahilan nyang menyebabkan saya menyusukan Iman dua tahun...

Saya tak tahu pun susu hanya boleh bertahan 4 jam pada suhu bilik... kali pertama saya meninggalkan Iman adalah pada hari konvokasyen saya. saya perah susu siap-siap sebelum solat subuh. Dalam 6 oz kot...sebab saya selalu pam penuh botol dan saya berhenti . Waktu tu pam yang saya guna pegeon peristaltic 5 oz. Boleh muat 6 oz lebih.


Kemudian saya tingalkan Iman dengan abah dia, saya pergi kampus naik kereta dengan Ifa dan Asz. Tak perlulah mereka pergi awal. Saya perlu berkumpul dekat audi dulu, taklimat, susun...macam-macam.

Saya jumpa Iman kembali pada pukul 11...bayangkan...selama tempoh itu Iman cuma minum susu yang saya perah lebih kurang pukul 5.30 pagi...bermakna hampir 6 jam dah susu tu. saya tak tahu pun susu ibu hanya boleh bertahan 4 jam. kalau saya tahu, mesti saya cuak...bayangkan...macam mana saya nak selesaikan masalah saya kalau saya btahu susu hanya boleh bertahan 4 jam sahaja. Saya bukan ada cooling bag pun waktu tu. Saya bukan ada warmer pun waktu tu...mujurlah saya jahil waktu tu...kalau tak mungkin saya dah terfikir kena beli susu tin ....

Saya tak tahu pun kita perlu ada jadual memerah.
Cuba bayangkan, saya pernah pergi kursus di Kuala Lumpur. Kelas saya pukul 8pagi hingga 5 petang. Saya pergi dengan bas waktu tu. Pukul 6 pagi saya harus menunggu bas Mestro yang tidak tetap jadualnya. Kalau saya terlepas bas, alamat lambat la saya masuk kelas.

Jadi pukul sebelum pukul 5 saya bangun untuk perah susu, saya sentiasa pastikan saya ada tinggalkan susu fresh untuk Iman. Selama saya pergi kursus, saya tak perah pun susu, kalau saya perah... di mana saya nak simpan susu tu.

Saya akan mencuri waktu kelas untuk solat asar...jadi sebaik sahaja habis kelas, saya akan berlari mengejar train untuk ke Kotaraya, ambil bas Metro balik ke Puchong, kalau saya sempat bas pukul 6, pukul 8 saya akan sampai Puchong...kalau saya terlepas, saya terpaksa solat maghrib dahulu di Arkeb, alamatnya pukul 9 atau pukul 10 saya sampai Puchong...

Sampai di rumah....waktu inilah saya akan perah susu saya menggunakan pam Tolijoy hadiah dari kak Anis.
Hasilnya memang banyak, sebelah kanan sahaja pernah mencecah 25 oz. Sebelah kiri paling banyak pun 7oz sahaja.

Malam sebelum tido saya perah lagi susu...bekalan untuk Iman

Kalau saya tahulah, jadual memerah susu penting...pasti saya  cuak....mujurlah saya tak tahu....Jadi saya teruskan menyusakan Iman.

Saya tak tahu pun kalau kita kurang pam, susu saya kurang.
Setelah pindah dari rumah keluarga, apabila duduk rumah sendiri, saya tak ada peti ais, hampir dua minggu jugak. Cuba, bayangkan, saya hanya memerah susu Iman pagi sebelum pergi sekolah sahaja untuk tinggalkan pada Iman. Memang itulah sekali sahaja saya pam. Tetapi kerana saya tidak tahu, saya mampu terus menyusukan Iman.

Saya tak tahu pun, kalau kita kurang direct feeding, susu boleh merosot.
Semasa Iman 8 bulan, saya terpaksa tinggalkan Iman di kampung. Saya tak tahu, jika kurang df susu berkurang...jadi susu saya tidak berkurang. Sedih...siapa tak sedih, berpisah dengan permata hati...air mata saya tak pernah tak mengalir apabila teringat kisah itu( waktu saya menaip ni pun air mata saya mengalir, walaupun sudah hampir tiga tahun peristiwa ini berlalu) tapi kesedihan saya itu tidak menyebabkan susu saya kurang.

Saya tak tahu pun, kita ada option lain selain bagi susu ibu.
Saya ingat, selagi kita masih mampu menghasilkan susu, kita berdosa memberikan FM kepada anak kita. Jahilnya saya...kerana jahillah saya menyusukan Iman dua tahun penuh....

Apabila Quran saya baca tafsir kata hingga dua tahun...saya pun menjaga tempoh dua tahun...menjelang 24 bulan qamariah usia Iman saya berusaha sedaya upaya untuk wean off Iman.

Itulah kisah kejahilan saya...kerana kejahilan inilah saya berjaya menyusukan Iman dua tahun.

Wednesday, 19 September 2012

Testimoni Exclusive Breast Feeding

Apabila saya menyusukan Iman secara exclusive selama 6 bulan Iman tidak pernah sekali jatuh sakit. Jadi saya teruskan juga exclusive breast feeding (EFB) sehinggalah umur Iman 9 bulan, saya mengalah kepada permintaan persekitaran. Saya suapkan Iman makan. Iman diarrhea. Sejak tarikh itu saya mula bagi Iman EBF sehingga usianya 2 tahun.

Memang Iman anak saya. Tetapi dia bukan exclusive milik saya. Jadi saya, kalau ada sesiapa yang ingin bagi Iman makan bagilah. Iman juga milik kamu semua...dan Iman juga kegembiraan kamu. Tetapi dengan saya...saya "masih ibu yang pemalas".

"Dia senang je jaga anak. Suap pek je. Nak masak untuk anak malas" itulah kementar yang sering saya terima.

Walaupun tidak dapat teruskan EBF dengan jayanya saya tetap sempurnakan penyusuan Iman selama 2 tahun. Kejayaan menyusukan Iman sebagai lesen untuk saya menyusan Fitri.

Saya telah EBF Fitri selama 8 bulan. Segalanya bukan mudah, lebih-lebih lagi Fitri mula sakit selepas menerima suntikan terakhir hari tu. tanpa sebarang alasan, Fitri aneamia. Anak sering sakit..ibu tak bagi makan pula... Kemudian ada orang menyuapkan Fitri makan. Sejak itu demam Fitri mula menjadi-jadi . Bukan setakat demam, malah menemukan  Fitri mengalami  chronic aneamia. Chronic aneamia. Hbnya pernah mencecah 6.7. paling tinggi pun, hb Fitri 8.

Apabila Fitri sakit...saya EBF Fitri semula.  Saya tidak mampu menjaga Fitri sepenuhnya.

Kini, Fitri sakit semula.  Saya ingin mencuba EBF Fitri untuk mengurangkan risiko Fitri sakit. Cabaranya sangat tinggi.

Saya dituduh meletakkan Fitri yang fragile dalam risiko yang tinggi jika saya teruskan EBF. Mungkin ibu-ibu yang berjaya EBF diluar sana boleh berikan saya testimoni EBF anak mereka.

Saya juga akan lakukan ini dibawah pemantauan doktor. Sekiranya hb Fitri merosot, sy akan bersedia untuk bagi Fitri makan.

Jadi saya mohon teman-teman yang berjaya EBF memberikan testimoni mereka.

Saturday, 21 July 2012

Makan

Fitri ni besar...agak besar...7 bulan tapi pakai baju size 9 ke 12 bulan. Kak Ayang dia dulu...kecik molek je. dalam hati ni ada jugak kerisauan kalau Fitri ni memerlukan zat tambahan selain susu ibu. Lagipun dia macam nak makan. Dia kurang tidur dan menangis-menagis sikit.

Selalunya apabila saya suap makan, dia akan tutup mulut dia rapat-rapat .

Saya risau. Takut-takut kalau kat nursery tu dia buat perangai sebab dia lapar. Jadi semalam saya suapkan dia makan. Dia makan. Habis la jugak dalam 2 sudu besar.

Petang, dia poo poo,  dua kali...saya mula risau...takut Fitri cirit....

Hari ni, saya masak untuk Fitri. Nasi dah siap...tiba-tiba Fitri poo poo...buih-buih...Allah hu akbar...

Saya rasa, belum masa lagi Fitri untuk makan. Jadi saya rasa teruskan Fitri menyusu sahaja tanpa makan lagi.

Monday, 16 July 2012

7 bulan

Hari ini sayang umi dah genap 7 bulan.

Fitri masih belum boleh duduk atau merangkak.

Fitri dah boleh turun dari tilam dengan selamat. Dan dan boleh cari "net" sendiri. Baju dah kena pakai size 1 tahun.

Saya masih belum bagi Fitri makan....kenapa.
Saya malas...he he...mungkin antara salah satu alasan... Fitri tutup mulut apabila disuap selain susu ibu. Jadi saya malas nak paksa dia.

Lagipun biarlah Fitri guna segala tenaga yang dia ada untuk fikir benda lain. Bagus jugak kalau Fitri makan lambat mcm Kak Ayang dia. Umi malas gosok gigi Fitri... Umi harap Fitri lambat tumbuh gigi macam Kak Ayang...

Kak Ayang dia, dh 2 tahun barulah umi gosok guna ubat gigi. Sebab 2 tahun barulah Iman tahu, "tak boleh telan ubat gigi kan umi...bahaya" sebelum tu Kak Ayang makan ubat gigi sedia.....

Sebelum Iman dua tahun......
Apabila saya nampak Iman asyik mkn ubat gigi, saya pun tak guna ubat gigi. Misi selalu tanya, gosok gigi, saya kata...kadang2. Bila tanya guna ubat gigi tak...saya kata tak...sebab dia telan ubat gigi. Misi kata, nanti gigi Iman rosak kalau tak guna ubat gigi.

Saya pulak fikir, gigi Iman kalau rosak masih boleh tumbuh baru...tapi kalau ginjal dan hati Iman rosak tak mungkin boleh tumbuh lain.


Iman susukan Fitri
Jadi saya pertaruhkan gigi Iman demi ginjal dan hatinya. Alhamdulillah gigi Iman masih cantik hingga hari ini. Mungkin sebab Iman lambat makan

Saturday, 7 July 2012

Memanjat

Fitri sudah 6 bulan, lagi seminggu masuk 7 bulan, sekarang dia sudah pandai turun dari tilam.

Anak-anak orang lain yang sebaya atau lebih muda daripada Fitri dan pandai duduk. Mencatak kata orang Terengganu. Fitri baru sahaja pandai menarik. Kak Ayang dia dulu pun lambat merangkak, jadi saya tak risau sangat. Lagipun merangkak bukanlah salah satu tahap yang semestinya dilalui oleh seorang anak. Sebab itulah merangkak tidak terdapat dalam carta tumbesaran.

Tetapi duduk adalah salah satu daripada tahap yang perlu dilalui oleh bayi. Fitri  masih belum duduk. Mungkin otak dia masih belum seimbang...means perkembangan otak dia masih pantas...kerana manusia akan hanya boleh jadi seimbang setelah otak dia tidak berkembang terlalu pantas....

Thursday, 21 June 2012

Susu Segar

Berapa banyakkah susu segar yang ibu bekalkan kepada anak setiap hari?

Sesetengah daripada akan membekalkan susu beku kepada anak. Ini kerana susu beku (frozen EBM) lebih tahan lama, pada perkiraan ibu tersebut. Berapa lamakah susu perahan segar dapat bertahan. Saya pernah simpan susu saya di luar untuk melihat sejauh mana susu saya dapat bertahan. Selalunya selepas 24 jam susu tersebut masih belum basi.

Pernah juga ada orang yang tersalah memberikan susu kepada anak saya. Susu lebihan kami bekalan semasa  kami keluar membeli-belah, disuap kepada bayi saya yang berusia tiga bulan (Fitri tiga bulan waktu tu) pada pukul 7 pagi. Susu tersebut saya perah sekitar pukul 9 malam, ini bermakna sudah 10 jam. Saya diam sahaja, bimbang dimarahai kerana cuai tidak membersihkan lebihan susu tersebut.

Fitri minum, masih ada sedikit lebihan. Saya ambil dan cium (saya tidak pernah merasa susu saya, walaupun ada orang mencadangkan kita merasa susu untuk memastikan tahap kesegarannya. Namun saya tidak pernah sekali pun meletakkan susu saya di lidah) Bau susu tersebut masih elok. Saya menunggu-nunggu kalau-kalau Fitri muntah. Alhamdulillah, Fitri sihat-sihat sahaja.

Sebenarnya saya lebih suka membekalkan susu segar kepada anak-anak saya. Ini kerana saya kurang yakin susu yang telah dibekukan, kemudian dipanaskan semula sama qualitinya dengan susu segar.

Saya sendiri tidak pernah mendapat nasihat pakar kesihatan terhadap amalan saya. Semua ini bermula pada hari convocation saya. Walaupun saya menyusu badan  Iman, saya tidak mempunyai segala kelengkapan penyusuan yang lengkap. Maklum lah, saya seorang penganggur ketika itu. Pam susu pun pemberian Kak Anis. Pada hari tersebut, saya sudah siap memerah susu sebelum subuh. Bermakna sekitar 5 hingga 5.30. Kemudian saya tinggalkan susu tersebut untuk Iman (pada suhu bilik) saya berpeluang berjumpa Iman semula pada pukul 11. Bermakna sudah 6 jam tempoh susu tersebut. Iman berusia sebulan lebih pada masa itu. Susu saya masih berbaki. Urusan saya selesai sekitar pukul 12.30 tgh, bermakna sepanjang tempoh tersebut Iman minum susu yang saya perah dalam tempoh 7 setengah jam.

Saya dapati susu saya masih segar, sejak itu saya tidak mematuhi peraturan 4 jam suhu bilik seperti yang dicadangkan. Susu perahan saya, kalau yang segar, saya bagi bayi saya minum sampai habis, walaupun sudah melebihi 4 jam.

Sampai hari ini pun, saya masih bekalkan susu perahan segar, sekurang-kurangnya 5 oz untuk Fitri setiap hari. Untuk mendapatkan susu segar tersebut, saya perlu pastikan, pukul 5 saya bangun perah susu. Memanglah leceh sedikit. Tetapi demi Fitri, Umi sanggup!!! Moga Allah jadikan FItri anak solehah.

Monday, 18 June 2012

Susu Kambing

Selepas Iman putus susu, dia tak nak susu formula. Saya cuba bagi dia susu kambing Hi-goat. Alhamdulillah, dia terima.

Sampai hari ni Iman masih minum susu kambing Hi-goat. Sebenarnya kalau dapat susu kambing yang fresh lagi baik. Tapi kalau tiada rotan akar pun jadi lah.

Daripada pembacaan saya, susu kambing ni adalah yang terbaik selepas susu ibu. Apa yang saya harapkan, apa yang saya inginkan...hanyalah yang terbaik untuk permata hati saya.

Nur Iman saya pula, terlalu pemilih, pernah juga saya cuba susu lain, tetapi komen Iman. "Umi, susu ni tak sedap lah"

Sewaktu masih bayi, Iman akan reject perahan susu kanan yang bercampur dengan perahan susu kiri, sampai hari ni pun, Iman sangat sensetif dengan rasa.


Sunday, 17 June 2012

Susu Ibu

Bagi saya susuan ibu merupakan kasih sayang yang tidak ternilai.

Seorang ibu yang tidak kaya raya seperti saya, saya tidak mampu membelikan pakaian yang mahal-mahal untuk Fitri. Juga tidak mampu menghantar Fitri ke Nursery yang mahal-mahal, yang kemudahannya lengkap, dilengkapi penghawa dingin, dikawal dengan kamera litar tertutup dan lengkap dengan permainan serta katil-katil bayi.

Begitu juga halnya dengan Iman. Saya tidak mampu menghantarnya ker montesory  yang mahal-mahal, yang menyediakan kelas mengaji,  membaca, mengira, melukis dan berenang serta segala program pembangunan untuk kanak-kanak seperti yang kebanyakkan ibu-ibu sediakan untuk anak-anak mereka pada hari ini.

Kemampuan saya cuma memberikan mereka susu ibu. Susu yang penuh nilai kasih sayang. Setelah berjaya menyusukan Iman selama dua tahun, sekarang saya sedang menyusukan Fitri.

Esok 16 hb Jun 2012, genap usia Fitri 6 bulan. Harapan saya, saya juga mampu menyusukan Fitri Nur Hasanah selama dua tahun. Alhamdulillah, Allah Yang Maha Kaya masih memberikan saya susu yang banyak. Anugerah yang diberiNya secara percuma kepada saya ini akan saya manfaatkan sebaiknya untuk Fitri.
Fitri Nur Hasanah bersama Kak Ayangnya Nur Iman Fidai