Total Pageviews

Monday, 1 October 2012

Bertugas

Minggu ini saya kena bertugas. Bertugas bermakna bersedia untuk tiada waktu rehat. Mungkin orang yang tidak pernah jadi guru tidak faham bahawa guru jika bekerja, kami seperti "lined operator". Bermakna mesti tumpukan sepenuhnya kepada kerja, tiada peluang untuk menjawab panggilan telefon mahupun ke tandas. Mungkin seorang engineer tidak dapat memahaminya ( kenapa pulak tetiba engineer ni? Cikgu ini anti engineer ke? Tak...cuma watu jadi system engineer dulu sy rasa "sangat sibuk" kerana terpaksa mengejar due...tetapi kini sabagai guru terdapat pada tarikh yang sama merupakan due untuk tiga atau empat perkara. Sekurang-kurangnya, waktu itu saya masih sempat pergi bilik air...tetapi menjadi seorang guru...antara kemahiran yang perlu ada adalah menangguhkan waktu ke bilik air)

       Baiklah...berbalik kepada kisah bertugas, jadi pukul 7.20 terus mengumpulkan pelajar ke tempat perhimpunan. Pelajar yang masih di kantin perlu dijemput dengan mesra untuk ke tapak perhimpunan. ( Saya  mohon maaf kepada ibu bapa yang tidak suka guru "memuakan" pelajar. Sebagai guru kami tidak ada pilihan kerana sudah digariskan bahawa guru tidak boleh menegur pelajar dengan kasar, malah perlu melayan pelajar sebagai tetamu) Selesai sahaja bertugas di tapak perhimpunan, saya perlu ke kelas. Sehabis kelas saya terus ke kantin, sebab saya sudah menggigil kelaparan. Pasti ibu menyusukan pernah mengalaminya.

     Belum selesai makan, saya mendapat panggilan telefon, ada pelajar sakit. Saya pun cepat-cepat membasuh tangan, mencari Mak Yong untuk membayar. Pelajar sakit, tetapi ibu bapanya tiada di rumah. Jadi pelajar tidak boleh dihantar pulang. Pilihan yang ada hantar ke sick bay. Misi seterusnya cari kunci sick bay.

   Dalam tempoh 45 minit juga ambil masa menyelesaikan kes pelajar sakit tadi. Dalam masa menguruskan pelajar tersebut saya sudah di tegur...wow..."sudah sebesar buah kelapa"  Saya cuba menutup buah kelapa saya dengan buku. Inilah padahnya kalau tidak di pam...

    Masa ada 10 minit sebelum kekelas, saya  cepat-cepat masuk ke bilik, kunci pintu. Keluarkan 10oz untuk mengurangkan bengkak. Tidaklah lega sangat...tetapi dari size D bolehlah katakan sudah berubah ke size C. Alhamdulillah. Saya simpan 5oz dalam peti ais, 5 oz saya masukkan ke dalam tas tangan. Selepas kelas terus saya pecut keluar, dan hantar 5oz tersebut kepada Fitri.

   Dalam masa lima minit, pecut keluar ke "school" Fitri, pecut balik semula. Alhamdulillah...misi berjaya. Kemudian saya menanda buku-buku, pukul 12 ada kelas lagi. Menjelang loceng balik, size sudah meningkat semula. walaupun bertugas, saya terus balik dahulu.

    Sampai di rumah saya terus pam. Medela harmony saya pulak berbunyi "keciak...keciak" Aduh...ini lah yang sering berlaku apabila kita mencuci dan menyambung bahagianya dengan tergesa-gesa...mesti ada yang tidak kena. Puas saya "adjust" namun masih terdapat udara yang terlepas. Senang, bukak pam...saya "autotangan" sahaja.....selesai mengosongkan kedua-duanya secara marmet...uhhh lega.....
   
    Barulah saya rasa lega, boleh bersiap untuk kebali ke sekolah semula menulis laporan dan menyiapkan kerja yang belum siap. Sebelum itu bolehlah pergi mengambil Fitri dahulu dan bawa ke  sekolah.


No comments:

Post a Comment