Begitu juga saya. Apabila saya memilih untuk tidak memberikan makanan kepada anak saya, saya lakukan kerana saya sayang. Begitu juga apabila saya memilih untuk tidak memberikan susu lembu kepada anak saya, sebab saya sayangkan anak saya.
Saya juga tidak menuduh ibu yang memberikan susu lembu kepada anak mereka tidak sayang akan anak mereka. Namun saya percaya, sekiranya ibu ini tahu mengenai bahaya susu formula, mereka lebih rela memberikan air nasi kepada anak mereka berbanding susu formula. Air nasi juga bahaya..keluh ibu-ibu pastinya. Daripada pembacaan saya air nasi jauh lebih tidak bahaya berbanding susu formula. Tentang khasiatnya, tentulah air nasi kurang khasiat, namun, pihak manakah yang menjamin khasiat susu formula? Syarikat yang mengeluarkan susu formula itukah?
Apabila berlaku sesuatu yang tidak baik untuk bayi, inilah antara reaksinya http://blogs.kidspot.com.au/villagevoices/nestle-nan

No comments:
Post a Comment