Latihan tangga
Banyak latihan yang perlu
diberikan kepada anak-anak. Salah satunya latihan tangga. Kenapakah saya
memilih untuk memberikan latihan tangga untuk anak-anak saya?
Saya
ada beberapa sebab:-
1.
Saya ingin biasakan anak
saya dengan tangga.
2.
Saya ingin membentuk sifat
hati-hati dalam diri anak-anak saya.
3.
Saya ingin membentuk
keberanian dalam anak saya.
Bilakah saya
memulakan latihan tangga?
Jujur, saya
memulakan latihan tangga Iman setelah
dia mula memanjat tangga. Bolehkah hal itu dinamakan latihan. He he. Saya
namakan latihan pemantapan barangkali. Saya tidak pernah terfikir untuk
mencetuskan latihan ini. Walaubagaimanapun, apabila Iman mula memanjat tangga,
saya rasakan bahawa saya perlu terapkan aspek keselamatan kepada Iman.
Tujuannya agar Iman tidak terjatuh. Selain itu, saya juga berharap, Iman
merasakan tangga adalah “tangga”..ya…tangga rumah. Setiap rumah ada tangga. Tangga
bukan tempat bermain bagi Iman. Apabila naik tangga, perlu “hati-hati”.
Manakala,
untuk Fitri pula, saya tertunggu-tunggu waktu yang sesuai untuk melakukan
latihan tangga. Saya telah mulakan kira-kira sebulan dahulu, namun ada beberapa
kekangan yang saya hadapi berbanding latihan tangga Iman. Pertama, Fitri tidak
bergerak, sebaliknya bergendang sahaja. Dia menepuk-nepuk tangannya diatas
setiap anak tangga. Cabaran kedua malah lebih hebat lagi, Fitri menjilat setiap
anak tangga. Lalu saya memutuskan untuk menghentikan dahulu latihan tangga
Fitri.
Seiring
peredaran masa, tiba juga waktu Fitri sudah mula memanjat tangga sendiri. Jadi hari
ini, saya mulakan kembali latihan tangga Fitri.

No comments:
Post a Comment