Berapa banyakkah susu segar yang ibu bekalkan kepada anak setiap hari?
Sesetengah daripada akan membekalkan susu beku kepada anak. Ini kerana susu beku (frozen EBM) lebih tahan lama, pada perkiraan ibu tersebut. Berapa lamakah susu perahan segar dapat bertahan. Saya pernah simpan susu saya di luar untuk melihat sejauh mana susu saya dapat bertahan. Selalunya selepas 24 jam susu tersebut masih belum basi.
Pernah juga ada orang yang tersalah memberikan susu kepada anak saya. Susu lebihan kami bekalan semasa kami keluar membeli-belah, disuap kepada bayi saya yang berusia tiga bulan (Fitri tiga bulan waktu tu) pada pukul 7 pagi. Susu tersebut saya perah sekitar pukul 9 malam, ini bermakna sudah 10 jam. Saya diam sahaja, bimbang dimarahai kerana cuai tidak membersihkan lebihan susu tersebut.
Fitri minum, masih ada sedikit lebihan. Saya ambil dan cium (saya tidak pernah merasa susu saya, walaupun ada orang mencadangkan kita merasa susu untuk memastikan tahap kesegarannya. Namun saya tidak pernah sekali pun meletakkan susu saya di lidah) Bau susu tersebut masih elok. Saya menunggu-nunggu kalau-kalau Fitri muntah. Alhamdulillah, Fitri sihat-sihat sahaja.
Sebenarnya saya lebih suka membekalkan susu segar kepada anak-anak saya. Ini kerana saya kurang yakin susu yang telah dibekukan, kemudian dipanaskan semula sama qualitinya dengan susu segar.
Saya sendiri tidak pernah mendapat nasihat pakar kesihatan terhadap amalan saya. Semua ini bermula pada hari convocation saya. Walaupun saya menyusu badan Iman, saya tidak mempunyai segala kelengkapan penyusuan yang lengkap. Maklum lah, saya seorang penganggur ketika itu. Pam susu pun pemberian Kak Anis. Pada hari tersebut, saya sudah siap memerah susu sebelum subuh. Bermakna sekitar 5 hingga 5.30. Kemudian saya tinggalkan susu tersebut untuk Iman (pada suhu bilik) saya berpeluang berjumpa Iman semula pada pukul 11. Bermakna sudah 6 jam tempoh susu tersebut. Iman berusia sebulan lebih pada masa itu. Susu saya masih berbaki. Urusan saya selesai sekitar pukul 12.30 tgh, bermakna sepanjang tempoh tersebut Iman minum susu yang saya perah dalam tempoh 7 setengah jam.
Saya dapati susu saya masih segar, sejak itu saya tidak mematuhi peraturan 4 jam suhu bilik seperti yang dicadangkan. Susu perahan saya, kalau yang segar, saya bagi bayi saya minum sampai habis, walaupun sudah melebihi 4 jam.
Sampai hari ini pun, saya masih bekalkan susu perahan segar, sekurang-kurangnya 5 oz untuk Fitri setiap hari. Untuk mendapatkan susu segar tersebut, saya perlu pastikan, pukul 5 saya bangun perah susu. Memanglah leceh sedikit. Tetapi demi Fitri, Umi sanggup!!! Moga Allah jadikan FItri anak solehah.
No comments:
Post a Comment