Total Pageviews

Friday, 7 December 2012

Pengasuh

Semalam Fitri ada sesi interview. Interview untuk bayi yang berusia 1 tahun 1 hari...interview apakah itu.

Saya bawa Fitri berjumpa dengan bakal pengasuhnya, kerana bakal pengasuhnya ingin berjumpa saya dan melihat Fitri. Tentunya dia ingin menilai Fitri dan melihat samaada lulus atau tidak Fitri menjadi anak asuhannya.

Amboi, sebegitu sekali. terdesak sangatkah ibu Fitri. Atau hebat sangatkah pengasuh tersebut.

Kalau soal ibu Fitri yang terdesak. Sekarang ini, Fitri diletakkan di nursery yang handle susu ibu, dan siap bg latihan tangga lagi. Maknanya nursery Fitri kini tiada masalah. Memang. Malah saya amat berpuas hati dengan Taska Islam Sri Indah, Putra Perdana. Extra credit untuk pemiliknya Kak Liza yang sentiasa melayan saya dengan baik. bagi saya TISI adalah taska terbaik di Putra Perdana.

Lalu, kenapa pula saya mencari pengasuh baharu. Seorang ibu inginkan yang terbaik. Kebanyakkan Tip yang saya baca dalam beberapa blog menyenaraikan creteria yang perlu ibu fikirkan untuk mencari pengasuh. Antara creteria yang dicadangkan, adalah pengasuh yang penyanyang, baik dan bersih. Tidak kurang pula anak-anak pengasuh mestilah baik. Semua itu merupakan ciri yang baik.

Semua ciri tersebut, ada dengan bakal pengasuh Fitri ni. Namun, kenapa perlu dia interview Fitri?? Adakah dia pengasuh yang cerewet. Tidak, dia bukan pengasuh yang cerewet. Sebenarnya dia kini bukan seorang pengasuh bayi. Dia seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi anak yang bersopan. Berkenan dengan kelakuan anak-anaknya itulah yang menyebabkan saya ingin dia menjadi pengasuh Fitri.

Sebenarnya sudah 4 bulan saya mencari pengasuh Fitri. Bukan kerana nursery Fitri tidak bagus, namun saya inginkan yang terbaik untuk Fitri. Apabila saya bertemu kakak ini, saya rasa, alangkah beruntungnya jika Fitri di didik oleh kakak ini.

Namun, tentulah melalui proses yang terperinci berbanding jika ingin dengan baby sitter yang sudah sedia kala mengasuh bayi.

Risiko, kakak ini akan mensia-sia Fitri atau mengasuh Fitri demanding. Ini yang sering ditekankan dalam tips mencari pengasuh. Dengan erti kata lain, pengasuh yang ibu cari mesti dengar kata ibu.

Saya tak kisah kalau pengasuh Fitri demanding, kerana saya menganggap pengasuh Fitri sebagai "Tok Guru". Malah saya sangat menyanjungi dan menghormati pengasuh Fitri ini.

Bagi saya itulah ciri yang sering diabaikan oleh ibu. Cari pengasuh yang ibu hormati dan segani. Kalau kita hendak belajar, mestilah kita ingin belajar dari guru yang "tinggi" dari kita.

Ramai ibu, yang memilih pengasuh yang dia boleh tegur, boleh dia marah dan boleh dengar kata dia. malah ramai ibu menganggap dirinya sebagai majikan pengasuh. Adakah anda ingin anak anda dijaga oleh seorang hamba, seorang kuli...atau seorang guru.

saya ingin Fitri diasuh oleh seorang guru.

3 comments:

  1. As salam, sy nk tny bkenaan dgn taska islam seri indah, so far, ada apa2 kekurangan ke, sbb nk tukar ank ke taska baru =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualikum
      Alamak..dh berzaman msg ni...maaf..dh lama tak jenguk...dah jadi rumah tinggal.

      Bagi saya Taska Islam Seri Indah Putra Perdana mmg terbaik setakat ni. Fitri pun sy dh hantar keaana semula.

      Delete
  2. salam boleh bg contact number unutk taska ni?

    ReplyDelete