Pendidikan anak sangat penting. Pendidikan anak-anak adalah fokus utama saya. Saya sering fikir, bagaimana untuk memastikan anak saya terus terdidik?
Pendidikan harus beterusan, namun saya tidak mampu terus-terusan berada di sisi anak saya. Jadi, saya harus fikirkan tentang orang lain yang akan mendidik anak saya. Saya harus memikirkan tentang persekitaran yang bakal mendidik anak saya.
Tatacara pendidikan yang rigid, terlalu sempurna mungkin akan menyebabkan anak saya akan alami masalah penerima didikan selain daripada didikan saya.
Bayangkan jika anak saya tidak biasa dimarahi, tidak biasa ditegur dengan suara yang keras, tidak biasa dirotan, lalu anak saya mungkin tidak boleh dididik oleh orang lain yang mendidik secara itu. Haru. Takkan selama-lamanya saya boleh mengawal keadaan anak saya akan dididik oleh orang yang mahir teknik mendidiknya, tinggi ilmu psikologinya dan sempurna kaedahnya.
Tidak, itu hayalan.
Di luar sana adalah persekitaran yang diluar kawalan saya.
Jadi saya perlu sediakan anak saya untuk mampu menerima didikan daripada sesiapa sahaja, tak kiralah orang itu mahir teknik mendidik ke, buta huruf ke ataupun tak ada ilmu psikologi.
No comments:
Post a Comment