Total Pageviews

Wednesday, 19 September 2012

Testimoni Exclusive Breast Feeding

Apabila saya menyusukan Iman secara exclusive selama 6 bulan Iman tidak pernah sekali jatuh sakit. Jadi saya teruskan juga exclusive breast feeding (EFB) sehinggalah umur Iman 9 bulan, saya mengalah kepada permintaan persekitaran. Saya suapkan Iman makan. Iman diarrhea. Sejak tarikh itu saya mula bagi Iman EBF sehingga usianya 2 tahun.

Memang Iman anak saya. Tetapi dia bukan exclusive milik saya. Jadi saya, kalau ada sesiapa yang ingin bagi Iman makan bagilah. Iman juga milik kamu semua...dan Iman juga kegembiraan kamu. Tetapi dengan saya...saya "masih ibu yang pemalas".

"Dia senang je jaga anak. Suap pek je. Nak masak untuk anak malas" itulah kementar yang sering saya terima.

Walaupun tidak dapat teruskan EBF dengan jayanya saya tetap sempurnakan penyusuan Iman selama 2 tahun. Kejayaan menyusukan Iman sebagai lesen untuk saya menyusan Fitri.

Saya telah EBF Fitri selama 8 bulan. Segalanya bukan mudah, lebih-lebih lagi Fitri mula sakit selepas menerima suntikan terakhir hari tu. tanpa sebarang alasan, Fitri aneamia. Anak sering sakit..ibu tak bagi makan pula... Kemudian ada orang menyuapkan Fitri makan. Sejak itu demam Fitri mula menjadi-jadi . Bukan setakat demam, malah menemukan  Fitri mengalami  chronic aneamia. Chronic aneamia. Hbnya pernah mencecah 6.7. paling tinggi pun, hb Fitri 8.

Apabila Fitri sakit...saya EBF Fitri semula.  Saya tidak mampu menjaga Fitri sepenuhnya.

Kini, Fitri sakit semula.  Saya ingin mencuba EBF Fitri untuk mengurangkan risiko Fitri sakit. Cabaranya sangat tinggi.

Saya dituduh meletakkan Fitri yang fragile dalam risiko yang tinggi jika saya teruskan EBF. Mungkin ibu-ibu yang berjaya EBF diluar sana boleh berikan saya testimoni EBF anak mereka.

Saya juga akan lakukan ini dibawah pemantauan doktor. Sekiranya hb Fitri merosot, sy akan bersedia untuk bagi Fitri makan.

Jadi saya mohon teman-teman yang berjaya EBF memberikan testimoni mereka.

2 comments:

  1. salam.

    sy pun tengah usahakan ebf. anak sy masih 7bln lebih. utk berikan sokongan ebf, mmg 100% boleh sy berikan tanpa lengah. tapi utk testify kejayaan, masih jauh lagi buat sy :)

    semoga keadaan anak sis akan cepat pulih & sentiasa dipermudahkan olehNya, amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih darling... Sy amat hargainya. Semoga kita sama boleh perjuangkan EBF

      Delete