Total Pageviews

Monday, 9 June 2014

Mahu putus susu

Motivasi untuk ibu-ibu yang sedang berusaha pisah susu

Bicara ini adalah untuk ibu-ibu yang terluka dalam usaha pisah susu dengan anak yang genap 24 bulan qamariah.

Bicara ini untuk ibu-ibu yang sedang berbelah bahagi untuk pisahkan susu atau menurut ilmu penyusuan moden yang menggalakkan penyusuan berlebihan.

Minta maaf kepada semua ibu-ibu moden. Saya bukan anti susu ibu. Saya juga bukan cemburu orang yang susu banyak hingga boleh menyusukan anak lebih daripada dua tahun.

Saya faham, tidak ada ulama yang menghalang perkara itu. Namun adakah ulama menggalakkan hal itu, sehingga ibu-ibu mula menggalakkan penyusuan lebih daripada 2 tahun?

Kenapa tidak menjadikan penyusuan dua tahun sebagai titik noktah?
Kenapa tiada sebarang usaha untuk putus susu selepas anak berusia 24 bulan, malah dengan bangga menanam tekad baru menambah tempoh penyusuan?

Saya bimbang, jika hal ini berlarutan, akan menjadi satu budaya hingga anak terlebih manja.

Ambil la peluang untuk anak berkorban kali pertama demi kepatuhan kepada satu ayat Quran.

Ismail AS dan ibunya berkorban lebih hebat dari itu...kita juga boleh cuba untuk anak kita, hanya pisahkan ia dari susu ibu sahaja...bukan tinggalkan anak di padang pasir pun.