Total Pageviews

Friday, 8 February 2013

Pejuang Susu Ibu


 Pejuanngan susu ibu tak akan pernah sampai ke puncak sekiranya dua perkara tidak dapat di atasi

  1. Takut untuk mengakui keburukan susu formula
  2. Sangsi terhadap budaya ibu susu
Takut untuk mengakui keburukan susu formula

 Pendidikan terhadap kebaikan susu ibu tidak cukup holistik selagi keburukan susu formula tidak diketengahkan. Terlalu ramai yang sensetif apabila diperkatakan tentang keburukan susu formula. Malah di dalam komuniti cyber yang memperjuangkan susu ibu, jangan ada sesiapa yang berani memanggil susu formula sebagai susu lembu. SUSU LEMBU sangat sensetif. Ibu yang memperjuang susu ibu juga sensetif...malah sesetengahnya terlebih-lebih sensetif.

Sejarah penggunaan susu formula kepada anak-anak terdahulu menyebabkan mereka menjadi lebih sensetif. Padahal, inilah kunci utama kejayaan penyusuan ibu. Semakin ramai takut untuk menggunakan susu formula, semakin berjayalah penyusuan susu ibu.

Walau bagaimanapun, masih banyak dalam kalangan ibu yang marah apabila ada yang mengeluarkan kenyataan, membesarkan anak dengan susu formula adalah tidak normal. Lalu diungkit, yang berkata itu tidak sedar bahawa mereka juga pernah dibesarkan dengan susu formula. Tidak kurang juga, bangkit golongan yang dibesarkan dengan susu formula, bahawa mereka kini sudahpun menjadi doktor.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap bahaya susu formula.

Misalnya apabila, keracunan NAN dihebahkan suatu ketika dahulu, bukan Nestle yang marah, bukan pengilang, pembekal atau penjual NAN yang marah, tetapi pembeli dan penyuap NAN yang terlebih kecil hati. Kita tidak tahu riaksi pengguna NAN, barangkali, jika pengguna NAN tahu NAN itu tidak dijamin selamat oleh pengeluar NAN sendiri, pasti marah pengguna NAN kepada pembeli NAN.

Sangsi terhadap budaya ibu susu

Sangsi terhadap budaya susu ibu susu masih menabal dalam kalangan masyarakat. "Takut terkahwin sesama anak susuan"  merupakan kesangsian yang cukup tebal, melekat berkarat, seumpama sangsi memakan jering dengan nasi panas dalam sesebuah masyarakat. Terlalu kuat, melekat, menebal serta bersanubari sebati di jiwa.

Mungkin pihak majlis agama boleh tambah satu bahagian "MAKLUMAT IBU SUSUAN (JIKA ADA)" di dalam borang permohonan berkahwin bagi mengurangkan ketakutan ini. Di harap perkara ini akan dilaksanakan secepat mungkin.

Seterusnya, sangsi taraf kesihatan ibu susu,  merupakan salah satu daripada kesangsian juga. Dalam hal ini, mungkin pihak kementerian kesihatan boleh menyediakan kad " SELAMAT UNTUK MENDERMA SUSU". mungkin ini boleh mengurangkan kesangsian.

Selain itu, timbul pula kesangsian baharu, kali ini bukan sangsi terhadap ibu susu, tetapi sangsi terhadap ibu anak susuan. ini merupakan cetusan penyakit hati. Sebelum segalanya menjadi barah, eloklah disekat, dibimbing dan dielakkan.

Cuba bayangkan, seorang ibu mencari ibu susuan untuk anaknya, mereka terdesak. Terima sahaja kenyataan mereka terdesak, mereka melakukannya demi anak tersayang. Jangan ada timbul sebarang syak wasangka terhadap mereka, bahawa mereka ini cuba mengambil jalan mudah menyelesaikan masalah mereka. Bayangkan, mereka sudah tebalkan muka, mengatasi segala rasa malu, demi mendapatkan yang terbaik untuk anak mereka, lalu dituduh malas mengepam, malas berusaha, berbaloikah usaha mereka dibalas sedemikian.
Jangan kita sekat usaha mereka mencari ibu susuan dengan ayat-ayat yang melukakan. Adakah kita rela mereka memberikan anak mereka susu formula???